Every Heart Needs A Home I
5 11 2009Malam ni ketika aku ke surau yang berada berdekatan dengan rumah aku untuk sembahyang Isyak aku bertemu dengan setiausaha sulit Tuan Guru Nik Abdul Aziz, rupa-rupanya dia juga tumpang bersolat di situ. Aku sempat berbual-bual seketika dengan dia, dan aku juga sempat bertanyakan kabar mengenai anaknya yang ditimpa kemalangan tempoh hari. Aku sebenarnya berkawan rapat dengan anaknya yang no 2, iaitu kakak kepada anaknya yang sakit tu. Dia menceritakan bagaimana kekusutan yang melanda pemikirannya ketika ini. Dia terpaksa berulang-alik menghantar anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan terapi dua tiga kali seminggu. Aku cuba mengamatinya dan menghayati setiap patah katanya yang keluar dari mulutnya dengan penuh semangat. Ditambah pula dengan keadaan isu-isu politik muktakhir ini penuh dengan kacau-bilau, mungkin sedikit sebanyak juga turut menggangu pemikirannya. Tapi apa yang aku suka dengar adalah apabila dia berkata, yang dia datang kat surau ini untuk mendapatkan ketenangan, buat-buat seolah-olah tak ada masalah sambil dia ketawa kecil. Aku menyambut senyumannya dan dalam hati aku berkata yes this is the place.
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (At-Taghabun : 64)
Manusia sering mahukan ketenangan, dan sering mencari-cari ketenangan itu. Ada manusia menjumpai ketengan yang hakiki, tetapi ada juga yang manusia yang menjumpai sesuatu yang disangkakan ketenangan baginya, walhal ianya adalah fana, yang bersifat sementara dan penuh dengan fatamurgana. Anak muda sering mencari ketengan di tempat-tempat hiburan yang bercampur baur dan dipenuhi dengan arak dan sebagainya. Kalau tak silap ada hadis yang memberitahu ada dua tempat yang boleh memberi ketenangan kepada manusia iaitu air terjun dan air laut (Correct me if i’m wrong). Kita boleh tengok mengapa ramai manusia berpusu-pusu ke tepi pantai dan di tempat-tempat air terjun. Ini kerana sudah menjadi fitrah dalam diri manusia mencari–cari tempat untuk mereka menenangkan fikiran mereka. Tanpa ketenteraman hati manusia terus menerus menjadi resah dan gelisah. Manusia boleh beli tilam yang empuk, tetapi manusia tidak mampu untuk membeli tidur yang nyenyak, manusia boleh membeli pelbagai jenis makanan yang enak-enak namun manusia tidak mampu untuk membeli keenakannya yang dapat dirasai oleh lidah. Sampai waktunya tidak ada satu pun ketenangan yang boleh kita beli dengan harta, pangkat dan apa sahaja yang kita ada di muka bumi ini, melainkan kita tunduk dan sujud kepadanya, dengan menadah kedua tangan mengadu kepadanya.
Kita yang selalu lalai, kita yang selalu lupa, kita yang sering kali melakukan dosa, kita yang sentiasa mengingkari…
Jangan kau ratapi pada ketentuan ini
Pohonlah petunjuk agar kau tenang di hati
Bersyukurlah sabarlah dan reda
Kita dicuba dan diuji kesakitan, ketakutan
Kadangkala kehampaan
Walau kau hebat diuji di dunia fana ini
Hebat lagi di sana
Dari itu hentikan ratapan dan keluh hatimu
Sesungguhnya dalam kesempatan ada kelapangan
Dan sebaliknya
Setiap suratan yang kita tempuhi
Lihatlah hikmah yang tersembunyi
Dari itu pohonlah hanya kepadanya
Lapangkan hati yang sengsara
Reda menjadi penawar mengenal erti sabar
Reda pabila ditimpa musibah dan segala pancaroba dunia
Reda menjadi penawar mengenal erti sabar
Reda cerminkan keperibadian mulia
Hampirkan kita kepadanya
Reda menjadi penawar mengenal erti sabar
Diefly Publication @ 2009
Aman Song By : Rabbani
Picture : Mrdie Collection (Model : Aisyah Humairah)
Categories : My Journal







Recent Comments